Kastard Berkrim
Bahan-bahan
1 paket (300g) Tepung Kastard Asli Bestari
1 tin (390g) Krimer Sejat MARIGOLD
1.5L air
7 sudu besar gula pasir
425g jagung krim manis (pilihan)
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Bancuh Tepung Kastard Asli Bestari dengan sedikit air hingga sebati dan tidak berketul.
Masukkan Krimer Sejat MARIGOLD , air, dan gula. Kacau hingga rata.
Masak atas api sederhana sambil terus dikacau.
Apabila bancuhan mula memekat, masukkan jagung krim manis.
Teruskan mengacau hingga kastard licin dan mencapai kepekatan yang diingini.
Tuang ke dalam dulang atau cawan. Biarkan sejuk dan mengeras.
Sedap dihidangkan sejuk untuk pencuci mulut yang berkrim dan menyegarkan.
Masa penyediaan: 5-10 minit
Masa memasak: 15-20 minit
Hidangan: 6-8 hidangan