Salad Ayam Pelangi
Bahan-bahan
½ dada ayam
200ml Susu Isian Sejat MARIGOLD
150ml air
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar biji ketumbar, dibakar dan ditumbuk
1 sudu besar minyak masak
1 sudu teh tepung jagung, dicampur dengan 2 sudu besar air
Sayuran untuk dihiris:
50g lada benggala merah, kuning dan hijau, setiap satu
50g kobis ungu dan kobis putih, setiap satu
50g lobak merah
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Campurkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, air, garam, kunyit dan biji ketumbar di dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan masukkan ayam. Rendahkan api dan renih ayam selama 20 minit, balikkan sebanyak 2 kali sehingga disaluti kuah sepenuhnya. Keluarkan ayam yang sudah dimasak. Pekatkan lagi kuah ayam dengan tepung jagung. Ketepikan.
Panaskan minyak masak dan masak ayam sehingga kedua-dua belah menjadi perang. Hiris ayam nipis-nipis.
Untuk hidangan, aturkan kepingan ayam atas pinggan yang dipenuhi dengan sayuran dan tuangkan kuah di atasnya.
Daging lembu panggang atau ketulan tuna dalam tin boleh digunakan untuk menggantikan ayam.