Telur Dadar Gebu Keemasan

Telur Dadar Gebu Keemasan

Bahan-bahan

  • 6 biji telur, 3 biji kuning telur diasingkan

  • 6 sudu besar Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 1 sudu besar perencah ayam

  • ½ sudu teh serbuk lada putih

  • 1 bawang besar, diracik halus

  • 3 sudu besar daun bawang, diracik

  • 1 cili merah, diracik

  • 5 sudu besar minyak masak

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Pukul putih telur sehingga naik dan gebu . Di dalam mangkuk lain, campurkan telur  dengan telur kuning,  Susu Isian Sejat MARIGOLD, seasoning ayam, serbuk lada putih, bawang, daun bawang dan cili merah.

  2. Panaskan 5 sudu besar minyak di dalam kuali. Masukkan putih telur yang telah dipukul perlahan-lahan dengan adunan telur dan tuangkan ke dalam kuali. Biarkan ia masak atau bahagian bawahnya kental sebelum terbalikkannya. Masak sehingga keemasan.

  3. Potong telur menjadi bentuk baji dan hidangkan.

Tip Chef:

Untuk telur dadar menjadi gebu, pastikan kuali betul-betul panas dengan minyak yang mencukupi semasa adunan telur dituangkan. Rendahkan api selepas setengah minit masa memasak.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 8 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)