6 cara untuk melibatkan anak-anak anda dalam aktiviti kreatif

6 cara untuk melibatkan anak-anak anda dalam aktiviti kreatif

Kanak-kanak akan teruja jika anda mengajak mereka terlibat dalam sesuatu projek seni yang menyeronokkan dan pada masa yang sama mengajar mereka tentang kitar semula. Simpan beberapa tin susu MARIGOLD yang kosong dan sediakan bahan-bahan seni supaya anda boleh membuat aktiviti berikut. Kemudian bersihkan meja yang besar, alaskan surat khabar dan tunjukkan kreativiti anda dengan beberapa ciptaan yang benar-benar menyeronokkan di hujung minggu!

1. Permainan boling tin kosong

Ambil 10 tin kosong, bersihkan, kering dan cat bahagian luar tin dan biarkan ia kering semalaman. Lukis wajah lucu menggunakan pen penanda pada separuh permukaan hadapan tin. Susun tin-tin tersebut agar bertingkat, kemudian berdiri dari jarak jauh dan baling bola tenis ke arah tin-tin tadi. Tujuan permainan ini adalah untuk menjatuhkan seberapa banyak tin yang mungkin dengan hanya 2 kali balingan.

2. Bola dalam tin

Sediakan 10 tin kosong, cat, pen penanda dan beberapa biji bola ping pong. Bersihkan, kering dan cat bahagian luar tin. Keringkan ia semalaman. Tandakan nombor yang berbeza dari 1 hingga 10 pada tin-tin tersebut. Aturkan tin-tin tadi di sepanjang dinding dan berdiri pada jarak yang jauh. Setiap orang boleh membuat 3 kali balingan bola ping pong ke dalam tin satu demi satu. Catatkan skor dan siapa yang mendapat mata paling tinggi dikira sebagai pemenang!

3. Tin gula-gula bertemakan mumia

Catkan beberapa tin kosong dengan cat hitam dan biarkan ia kering semalaman. Dapatkan beberapa gulung pembalut putih. Lekatkan satu penghujung kain pembalut dengan kuat pada bahagian bawah tin. Teruskan menggulung kain tersebut sambil memastikan setiap lapisan bertindih sehingga seluruh permukaan tin dibungkus. Kemudian lekatkan hujung pembalut pada bahagian atas tin. Lekatkan sepasang 'mata googly' yang boleh dibeli dari kedai kraf atau dibuat sendiri. Tarik kain pembalut di tengah agar sedikit renggang untuk membentuk mulut. Isikan ‘mumia’ raksasa dengan gula-gula, coklat dan lollipop. Tunjukkan pada kawan-kawan anda dan mereka pasti terpikat.

mainImageAlt

4. Penyusun atur meja

Ambil dulang yang boleh muat 4 tin. Bersihkan, kering dan cat tin dengan warna putih dan biarkan ia kering semalaman. Lekatkan pita pelekat pada tepi atas tin untuk menutupi tepinya yang tajam. Hiasi bahagian luar tin dengan kain atau kertas warna. Gunakan senapang gam untuk melekatkan tin pada dulang tadi dan biarkan ia kering. Isi setiap tin dengan pen penanda, pensel warna, gunting dan pembaris. Kini anda mempunyai bekas yang berguna untuk menyimpan semua alat tulis anda.

5. Bekas kutleri bertemakan 'Minion'

Cat beberapa tin kosong dengan cat kuning pada separuh bahagian atas dan cat biru di bahagian bawah. Biarkan ia kering semalaman. Lekatkan pita pelekat putih pada tepi atas tin untuk menutupi tepinya yang tajam. Cat atas pita dan keringkan. Gunakan senapang gam untuk melekatkan keratan 'gogal minion' dan 'kaca mata keselamatan minion' serta ciri-ciri lain yang sesuai dengan tema . Gunakan tin ini sebagai bekas untuk meletakkan sudu, garpu dan straw bagi menyerlahkan parti minion anda.

6. Alat pembunyi yang menyeronokkan

Bersihkan, kering dan cat beberapa tin kosong dengan cat yang berwarna-warni dan biarkan untuk kering. Gunakan sekeping kadbod, potong beberapa bentuk bulatan dengan saiz yang besar sedikit daripada bahagian atas tin. Sekarang isikan tin dengan satu sudu besar kacang mentah. Tutup bahagian terbuka tin dengan bulatan kadbod dan lekatkan pita dengan kuat. Goncang tin tersebut dan anda telah mendapat alat pembunyi yang menarik.

Nota: Pastikan bahagian tajam tin ditutupi dan dilekat rapi dengan pita.  

6 cara untuk melibatkan anak-anak anda dalam aktiviti kreatif 6 cara untuk melibatkan anak-anak anda dalam aktiviti kreatif