Aktiviti ceria dan mesra bajet untuk keluarga – membina kenangan indah bersama

Menghabiskan masa berkualiti bersama-sama keluarga tercinta sambil menerokai tempat-tempat baru dan menikmati pelbagai peristiwa di daerah anda. Jadi tandakan kalendar anda, alamilah detik-detik indah dan bersedia untuk suasana yang menyeronokkan!

 

Berkelah di taman

Taman baru mempunyai kemudahan, landskap dan meja berkelah yang lebih baik. Cari tempat teduh, jadikannya tapak untuk berkelah dan sertai anak-anak anda bermain buaian. Atau pergilah berjalan-jalan sambil menikmati keindahan sekeliling sebelum anda berkelah menikmati sarapan yang lewat bersama mereka. Anda juga boleh menjadikan permainan buih sabun bersama anak-anak sebagai aktiviti selepas menjamu selera.  Inilah masa untuk bermain, berehat sambil menikmati suasana riang-ria sambil melihat buih-buih melayang ditiup angin dan hanyut di udara.

Sesi memasak keluarga

Penyertaan ahli keluarga dalam keseluruhan proses penyediaan dan membakar kek atau biskut boleh menjadi saat yang menyeronokkan. Malah, tidak kira bagaimana hasilnya, ganjaran sebenar adalah perkongsian hasil kerja bersama-sama sambil bergelak ketawa semasa dan selepas ia selesai.

 

Bersukaria di pasar lambak amal

Tiba lebih awal sebelum suasana menjadi sesak dan lihat senarai gerai unik yang menjual barangan pada harga yang rendah. Tetapkan sedikit bajet dan bersukaria sambil anda tawar-menawar untuk mendapat tawaran harga terbaik bagi barangan vintage, antik dan barangan terpakai yang unik.

 

Mendaki bukit sambil menikmati panorama yang indah

Beriadah bersama keluarga dengan berjalan santai ke arah bukit.  Inilah tempat yang tepat untuk anak-anak anda merakam gambar tumbuh-tumbuhan dan bunga liar yang cantik. Pastikan anda sekeluarga memakai kasut yang sesuai dan membawa bekalan air yang mencukupi. Sebaik sahaja tiba dipuncak, hirup udara segar nyaman dan nikmatilah keindahan panorama sekeliling. Jangan lupa berselfie!

mainImageAlt

Sertai acaran larian amal untuk menyokong sesuatu tujuan baik

Jadilah seorang peserta yang bersemangat dalam acara yang dikendalikan oleh keluarga. Teruskan larian anda sehingga ke garisan penamat. Ganjaran pingat mungkin menjadi milik anda! Atau anda juga boleh mengambil masa untuk bersiar-siar dengan hati tenang kerana anda tahu anda telah melakukan sesuatu yang baik.

 

Menjadi ekosukarelawan

Sertai aktiviti penanaman pokok, projek kitar semula atau membantu membersihkan kawasan kejiranan. Anda akan merasai perbezaannya. Selain itu, suntik kesedaran dan galakkan anak-anak anda supaya mereka lebih prihatin terhadap persekitaran mereka.

 

Menjejak trak makanan kegemaran anda atau kunjungi gerai-gerai jalanan untuk menjamu selera

Cubalah kelazatan makanan-atas-roda sebagai perubahan! Duduk di tempat terbuka dan berkongsi beberapa cerita sementara menunggu pesanan anda. Bergerak ke tempat yang seterusnya untuk memenuhi citarasa selera anda. Kami mengesyorkan anda menikmati sesuatu yang manis sebelum malam berlabuh.

Aktiviti ceria dan mesra bajet untuk keluarga – membina kenangan indah bersama Aktiviti ceria dan mesra bajet untuk keluarga – membina kenangan indah bersama