Mencipta ruang tamu yang kelihatan segar, menarik dan ceria tidak memerlukan belanja yang besar dan mudah dilakukan pada hujung minggu. Ajaklah keluarga untuk sama-sama membantu mengemas bilik sebelum anda bermula. Keluarkan semua majalah, pokok-pokok bunga dan aksesori yang nampak ketinggalan zaman. Sebaik sahaja bilik dikemaskan, inilah masa untuk menambah hiasan yang mudah agar bilik anda nampak segar dan ceria.
Susun semula perabot
Susun semula perabot yang sedia ada untuk memberikan aliran udara yang lebih baik di samping mewujudkan ruang untuk berbual yang lebih selesa. Ambil mana-mana hiasan yang sesuai dari bilik lain untuk diletakkan di ruang tamu. Anda hanya perlu melakukan beberapa perubahan yang menarik supaya pengubahsuaian ruang tamu anda yang lengkap lebih terserlah.
Susun semula hiasan rumah
Perhatikan semua hiasan rumah anda yang terdapat di atas rak kabinet, meja kopi dan meja sisi. Keluarkan hiasan rumah yang mengumpul habuk dan memenuhi ruang rak. Letak hanya koleksi kecil cenderahati yang anda suka atau sesuatu yang mempunyai nilai sentimental. Pamerkan aksesori anda dalam gabungan barangan mengikut warna, tekstur dan perwatakan yang sama. Kadang-kadang beberapa barangan mudah boleh kelihatan menarik kerana cara anda mempamerkannya adalah penting dan mampu menyerlah hiasan tersebut.
Susun atur lukisan
Cari ruang baru untuk lukisan yang sedia ada dengan memindahkannya beberapa barang yang ada ke bilik lain. Anda akan terkejut bagaimana sekeping permaidani yang tergantung di dalam bilik tidur anda sebelum ini kelihatan lebih menarik apabila diletakkan ke atas sofa di ruang tamu. Gabungkan lukisan baharu dan yang lama untuk memberi nafas baharu pada dinding yang berbeza di dalam bilik anda.