Keenakan pencuci mulut dari rangkaian susu tin MARIGOLD

Selepas makan, anda pasti rasa gembira apabila anak-anak anda mencari pencuci mulut dalam peti sejuk dan mereka mendapati ia tersedia untuk dinikmati. Berikut adalah beberapa sajian pencuci mulut yang mudah untuk anda cuba dan simpan dalam peti sejuk sebelum anda sekeluarga menjamu selera:

Jeli Nangka dan Sri Delima

Pencuci mulut yang sejuk lagi lazat ini mengandungi 'delima merah' yang diperbuat daripada sengkuang cina dipotong dadu bersalut tepung ubi kayu dan hirisan nangka kemudian dimasukkan ke dalam agar-agar manis berasaskan susu. Pasti ramai yang ingin mengunyah delima merah yang kenyal dengan kerangupan sengkuang cina di dalamnya. Sajian jeli ini cepat dan mudah disediakan dan sangat sesuai dinikmati bersama masakan Asia. Lebih enak kalau dimakan sejuk.

Aiskrim Coklat

Aiskrim coklat yang lazat lagi berkrim ini mempunyai tekstur sehalus sutera. Mudah disediakan tanpa menggunakan mesin pembuat aiskrim sebaliknya menggunakan hanya tiga bahan: bar coklat, Krimer Manis MARIGOLD dan krim “Heavy”. Cuma pecahkan coklat kepada kepingan, cairkan dalam ketuhar gelombang mikro perlahan-lahan, kemudian masukkan susu pekat dan ketepikan. Putar krim berat sehingga ringan dan kembang dan masukkan ke dalam adunan coklat sehingga sebati. Masukkan adunan ke dalam bekas kedap udara dan bekukan untuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidangkan. Skop aiskrim anda dan nikmati kelazatannya yang tidak terhingga!

Mousse Coklat Susu

Mousse coklat adalah pilihan yang popular untuk dihidangkan kepada tetamu kerana ia boleh dibuat lebih awal dan disimpan sejuk dalam gelas hidangan individu. Pencuci mulut ini pada asasnya adalah coklat yang dicairkan perlahan-lahan di dalam susu, disejukkan dan dimasukkan krim putar. Kemudian sudukan sedikit mousse ke dalam gelas, tutup dan sejukkan selama sekurang-kurangnya empat jam. Sebelum dihidangkan, hiasi atasnya dengan seceduk krim putar, hirisan strawberi, coklat parut dan akhir sekali taburan serbuk koko. Ia mempunyai tekstur yang lembut, mewah, mudah cair dalam mulut dan rasa yang menakjubkan.

mainImageAlt

Kek Red Velvet

Kek berlapis berwarna merah yang elegan, atasnya dihiasi dengan krim keju frosting. Teksturnya pula sedikit lembap dengan sedikit rasa koko. Resipi kek Red Velvet ini menggabungkan serbuk koko, pewarna makanan merah dan cuka dengan tepung, susu, telur, mentega dan gula. Adunan kek dibahagikan kepada dua bekas sebelum membakar. Setelah sejuk, kek dihiris melintang dan masukkan krim keju frosting antara lapisan dan sebagai topping. Hiaskan dengan taburan serbuk baldu merah kemudian sejukkan selama satu jam di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Rasanya pasti akan memukau selera anda.

Aiskrim Lassi Mangga

Minuman buah-buahan sejuk lagi lazat, pasti menjadi kegemaran si manja selepas sekolah di hari panas! Letakkan ketulan buah mangga beku, Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD, halia parut, secubit buah pelaga, cebisan limau parut dan jus limau dalam pengisar dan kisar sehingga sebati. Tuangkan campuran mangga ke dalam acuan aiskrim dan letakkan kayu aiskrim dan sejuk bekukan sehingga sekurang-kurangnya 6 jam untuk hasil yang terbaik.  Nikmatilah pemanis mulut yang menyejukkan dengan rasa masam-masam manis yang menakjubkan untuk semua.

Keenakan pencuci mulut dari rangkaian susu tin MARIGOLD Keenakan pencuci mulut dari rangkaian susu tin MARIGOLD