Rahsia bijak membeli-belah di pasaraya

Membeli-belah barangan runcit boleh menjadi lebih mudah, kurang stres serta menjimatkan masa dan wang jika anda merancang dengan betul, memilih produk dengan bijak dan melakukan yang terbaik untuk barangan bermusim. Berikut adalah caranya:

 

Buat satu senarai 'makanan' dan barangan 'bukan makanan'

Senarai 'makanan' biasanya mengandungi produk tenusu, sayur-sayuran segar dan beku, buah-buahan dan makanan. Manakala senarai 'bukan makanan' terdiri daripada kelengkapan mandian, produk pembersihan, barangan kertas dan barangan rumah yang lain. Gunakan senarai standard ini sebagai panduan sebelum membeli-belah yang seterusnya; ia boleh membantu anda untuk tidak berbelanja lebih.

 

Rancang masa terbaik untuk membeli-belah

Pergi awal apabila pasar raya dibuka, jika boleh pada hari bekerja apabila ia kurang sesak dan lebih mudah untuk parkir kereta. Anda akan menikmati suasana membeli-belah dengan lebih tenang, dengan ruang lebih lapang untuk melihat-lihat dan barangan yang lebih segar untuk anda pilih.

 

Ketahui laluan anda di sekitar pasaraya

Pastikan anda mengambil barangan mudah rosak/beku pada akhir perjalanan membeli-belah anda. Barangan yang besar dan berat seperti makanan dalam tin dan bahan cuci, perlu dimasukkan terlebih dahulu ke dalam troli anda. Kemudian, baru masukkan makanan segar seperti kentang dan labu dan buah-buahan, diikuti dengan buah-buahan yang lebih ringan dan sayur-sayuran. Produk tenusu dan makanan sejuk beku boleh diambil akhir sekali sebelum anda membuat bayaran. Barang mudah pecah seperti telur, roti dan sayur-sayuran berdaun perlu diletakkan di bahagian depan troli anda.

mainImageAlt

Gunakan kalkulator

Ia membantu anda memahami dan membandingkan harga dengan jenama lain serta mengenal pasti produk yang memberikan tawaran yang terbaik.

 

Baca label dengan teliti

Luangkan sedikit masa untuk membandingkan jenama makanan kegemaran anda yang berbeza dan membaca cetakan halus tentang khasiat pemakanannya. Elakkan produk yang mengandungi bahan-bahan yang boleh membuatkan anda alah. Pilihlah produk yang mengandungi kurang aditif, natrium dan gula.

 

Semak tarikh tamat tempoh

Semua barang makanan sepatutnya mempunyai cetakan tarikh 'baik digunakan sebelum'; jika anda  berasa ragu-ragu, elakkan membeli barangan tersebut. Untuk barangan seperti susu segar, dapatkan stok terbaru yang disimpan di baris belakang.

 

Beli apa yang perlu sahaja

Pilihlah tembikai besar yang telah dibelah dua atau empat. Anda juga boleh memilih untuk membeli seekor ayam atau ayam yang siap dipotong kecil untuk memudahkan penyimpanan dalam peti sejuk. Kadang-kadang membeli secara pukal boleh menjimatkan kos, tetapi hanya untuk barang-barang yang tidak mudah rosak, seperti kertas tandas dan makanan dalam tin.

 

Membeli buah-buahan dan sayur-sayuran bermusim

Makanan segar adalah lebih murah, lebih segar dan lebih sedap semasa musimnya. Semasa jualan murah, anda boleh membeli lebih buah-buahan dan sayur-sayuran untuk simpanan dan membuat lebih banyak sos, jem dan jeruk.

 

Bawa beg guna semula, menjimatkan plastik

Beg runcit guna semula adalah mesra alam dan boleh membawa lebih banyak barang. Cuma kumpul barang-barang yang sama seperti barangan dalam tin, barangan dalam botol dan sebagainya, supaya ia dapat diimbas dan dimasukkan bersama-sama. Ini menjadikannya lebih mudah disusun apabila tiba di rumah nanti.

 

 

Pada masa kini, banyak pasaraya menyediakan perkhidmatan dalam talian dan menyediakan perkhidmatan penghantaran jika pembelian anda melebihi pesanan minimum dan rumah anda berada dalam radius penghantaran mereka. Ini boleh memgelakkan kerumitan memandu ke sana dan masalah tempat letak kereta, selain daripada menjimatkan masa dan memudahkan kerja.

Rahsia bijak membeli-belah di pasaraya Rahsia bijak membeli-belah di pasaraya