Air Kathira MARIGOLD

Bahan-bahan

Bahan-bahan

  • 6 cawan (400ml) air

  • 1 cawan (150gm) gula kasar

  • 5 helai (20gm) daun pandan

  • 2 liter aiskrim soda

  • Garam, secubit

  • 1 tin Krimer Sejat Chef’s Selection MARIGOLD

  • 1/2 tin Krimer Manis MARIGOLD


Hiasan

  • 1 genggam (15gm) biji selasih, direndam

  • 3 keping getah anggur kering/kathira, direndam dan dibilas

  • 3 ketul (50gm) buah kembang semangkuk, direndam

  • 1 cawan (250gm) isi kelapa muda

  • 7 biji (50gm) kurma Medjool, didadu

  • 1/2 tin nanas, dipotong dadu


Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

Sirap pandan


  1. Didihkan 3 cawan air bersama gula dan daun pandan. Kacau hingga larut.

  2. Kemudian, kisar dan tapiskan sirap pandan ke dalam balang air besar dan ketepikan.


Membancuh Air Kathira


  1. Tuangkan ais krim soda, secubit garam, Krimer Sejat Chef’s Selection MARIGOLD dan Krimer Manis MARIGOLD ke dalam balang sirap pandan. Sebatikan.

  2. Hidangkan Air Kathira dalam gelas tinggi penuh ais bersama bahan-bahan hiasan secara berasingan.


Tip Chef:

Anda juga boleh menambahkan khasiat minuman ini dengan memasukkan 1/2 sudu kecil biji habbatus sauda.

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 30 minit
Hidangan: 12-15
MARIGOLD Chef's Selection Krim Sejat & Krimer Manis