Ais Kacang dalam Gelas Besar

Bahan-bahan
1 tin Krimer Sejat MARIGOLD
1 tin Krimer Manis MARIGOLD
1 tin kacang ginjal bersirap
1 tin jagung berkrim
1 paket cendol
1 botol kecil sirap bandung
Ais hancur
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Masukkan 2 sudu besar jagung berkrim ke dalam 2 gelas besar. Kemudian, masukkan setiap gelas dengan 3 sudu besar cendol, 3 sudu besar kacang ginjal, ais hancur yang banyak, ½ cawan Krimer Sejat MARIGOLD, 1 ½ sudu besar Krimer Manis MARIGOLD dan renjiskan dengan 2 sudu besar sirap bandung.
Tip Chef:
Untuk persediaan majlis, isikan gelas dengan bahan-bahan perasa sahaja dan tetamu boleh membuat ais kacang sendiri dengan menambah bahan-bahan yang disukai.
20 minit
Hidangan: 2
