Milkshake Espresso

Bahan-bahan
1 liter aiskrim vanila
250ml Krimer Sejat MARIGOLD, disejukkan di dalam penyejuk beku selama 1 jam
4 sudu besar serbuk kopi segera
2 sudu besar air panas
Serbuk kopi untuk hiasan
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Larutkan serbuk kopi segera dengan air panas.
Asingkan 4 sudu besar aiskrim dan simpan dalam penyejuk beku.
Letakkan baki aiskrim vanila, Krimer Sejat MARIGOLD dan kopi ke dalam pengisar. Kisar sehingga sebati dan tuangkan ke dalam gelas.
Letakkan 1 sudu aiskrim dari penyejuk beku diatasnya dan tabur dengan serbuk kopi.
Tip Chef:
Sukatan serbuk kopi segera boleh diubah sesuai dengan citarasa anda.
10 minit
Hidangan: 4
