Minuman Koko Panas dengan Coklat Leleh

Bahan-bahan
3 sudu besar serbuk koko tanpa manis
¼ cawan gula
1 cawan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
1 cawan air
1 sudu teh esen vanila
Sedikit ketulan coklat susu
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Campurkan gula dan serbuk koko dalam sebuah mangkuk.
Didihkan air dan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD untuk memanaskan susu. Campurkan 1/3 cawan susu tersebut ke dalam campuran koko tadi untuk melarutkan gula dan serbuk koko.
Tuangkan campuran koko yang dilarutkan ini ke dalam baki campuran susu tadi dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan padamkan api.
Masukkan beberapa ketul coklat susu ke dalam minuman dan hidangkan.
Minuman ini juga lazat jika dihidangkan sejuk dengan ketulan ais.
