Milk Shake Betik

Bahan-bahan
1 cawan buah betik masak
¼ cawan Krimer Sejat MARIGOLD
3 sudu besar Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD
1 cawan kiub ais
½ cawan air
Sepucuk daun pudina dan hirisan limau nipis
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar elektrik dan kisarkan sehingga lembut.
Tuangkan ke dalam dua gelas dan hiaskan dengan daun pudina dan hirisan limau nipis. Hidangkan segera.
Tip Chef:
Buah betik juga boleh digantikan dengan rock melon atau tembikai susu.
10 minit
Hidangan: 2
