Aiskrim Kulfi Mangga dan Markisa

Bahan-bahan
2 tin (400g) Krimer Sejat MARIGOLD
1 tin (510g) Krimer Manis MARIGOLD
4 sudu besar tepung jagung & 10 sudu besar air (bancuhkan)
100 ml air
100g gula kaster
1 cawan isi markisa
2 cawan isi manga (lenyekkan)
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Campurkan tepung jagung dengan air dan ketepikan.
Masakkan air dan masukkan Krimer Sejat MARIGOLD, Krimer Manis MARIGOLD, dan gula dan biarkan mendidih dengan api kecil. Kacau dan masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sehingga bancuhan menjadi pekat. Biarkan sejuk.
Campurkan bancuhan susu dengan puri manga dan puri markisa. Tuangkan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais (tempat sejuk beku) selama 8 jam minimum.
Acuan ais krim batang juga boleh digunakan.
