Biskut Semperit

Bahan-bahan
2 sudu besar Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD
250g mentega/majerin
95g gula kastor
1 biji kuning telur besar
3 sudu teh esen vanila
¼ sudu teh garam halus
Beberapa titis pewarna merah
Bahan-bahan untuk adunan tepung:
260g tepung gandum
120g tepung jagung
60g tepung kastard
(diayak bersama)
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Panaskan ketuhar pada suhu 160°C. Alas dulang pembakar dengan kertas minyak.
Untuk doh biskut, gaul mentega atau majerin, gula, kuning telur, esen vanila, dan Susu Isian Manis MARIGOLD sehingga sebati dan gebu. Masukkan adunan tepung yang diayak, garam dan gaul rata.
Untuk doh merah, asingkan 6 sudu besar doh biskut dan masukkan beberapa titis pewarna merah. Isikan adunan ke dalam beg pastri dengan kepala acuan berbentuk bintang kecil dan ketepikan.
Untuk membentuk semperit , gunakan acuan semperit atau kepala acuan berbentuk bintang pada beg pastri.
Hiaskan biskut dengan adunan doh merah dan bakar selama 12 minit.
Doh merah boleh digantikan dengan buah ceri yang dipotong kecil
