Buko Pandan

Buko Pandan

Bahan-bahan

  • 1000 ml Air Kelapa

  • 1 paket (10g) Agar-agar

  • 2 helai Daun Pandan

  • ½ Cawan (185g) Gula

  • ½ Sudu Makan Pewarna Hijau

  • 1 cawan Sagu

  • 3 cawan Air

  • 1 sudu makan Pewarna Hijau (jika mahu)

  • 2 sudu makan Selasih

  • ½ cawan Air Panas

  • Isi kelapa muda dipotong panjang dan halus

  • Ais Ketul

  • 1 tin (390g) Susu Krimer Sejat MARIGOLD Chef’s Selection

  • 1 cawan (185g) Susu Pekat Krimer Manis MARIGOLD

  • 1 gelas (250ml) Susu MARIGOLD HL

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Larutkan Agar-agar dalam Air Kelapa dan masukkan Daun Pandan, ½ cawan gula dan pewarna hijau, masak hingga mendidih kemudian tapiskan ke dalam loyang saiz 8 inci. Rehatkan dalam peti sejuk hingga kental lalu potongkan dadu dan ketepikan

  2. Masak 1 cawan Sagu, 3 cawan air bercampur 1 sudu pewarna hijau hingga Sagu Jernih dengan api sederhana (sentiasa kacau). Kemudian sagu ditapis, siram dan lalukan air untuk membuang kanji dan ketepikan sagu tersebut

  3. 2 sudu besar Selasih direndam ke dalam ½ cawan air panas. Kacau hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.

  4. 1 biji isi kelapa muda potong memanjang dan ketepikan

  5. Masukkan ais, 1 tin Susu Krimer Sejat MARIGOLD Chef’s Selection, 1 cawan Susu Pekat Krimer Manis MARIGOLD dan 1 gelas Susu MARIGOLD HL, Jeli Hijau dadu, Selasih, Sagu, Isi Kelapa dalam mangkuk hidang. Enak dihidang sejuk.


Tip Chef:

*Pewarna hijau boleh digantikan dengan warna asli daun pandan yang dikisar dengan sedikit air dan ditapis patinya.

*Untuk hidangan boleh ditambah juga dengan Nata De Coco, Ais Krim dan lain-lain.

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Hidangan: 5 orang
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)