Coklat Fudge dengan Churros

Coklat Fudge dengan Churros

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk coklat fudge

  • 1/2 tin Krimer Manis MARIGOLD

  • 100 g mentega tanpa garam (dilembutkan)

  • 1/2 cawan coklat pahit manis


Bahan-bahan untuk churros

  • 100 g air

  • 56 g tepung serba guna

  • 50 g mentega tanpa garam

  • 1 biji telur

  • Garam secukup rasa

  • Minyak masak (untuk menggoreng)


Bahan untuk salutan churros

  • Gula aising

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

Churros


  1. Masukkan mentega, air dan garam ke dalam periuk dan panaskan sehingga mentega cair.

  2. Masukkan tepung dan gaul rata sehingga menjadi doh.

  3. Kemudian, masukkan telur dan gaul sehingga menjadi pes.

  4. Panaskan minyak di dalam periuk untuk menggoreng.

  5. Masukkan adunan ke dalam beg piping dengan hujung berbentuk bintang dan tekan churros (lebih kurang 7”) terus ke dalam minyak yang sedang panas.

  6. Goreng churros lebih kurang selama 2 minit setiap belahan sehingga keemasan.

  7. Selepas masak, taburkan gula ising ke atas churros.


Coklat Fudge


  1. Campurkan mentega tanpa garam, coklat pahit manis, dan Krimer Manis MARIGOLD dalam mangkuk tahan panas di atas periuk berlapis.

  2. Kacau rata sehingga ia cair dan sebati.

  3. Sedia untuk dihidang bersama churros.


Tip Chef:

Tekan churros ke atas dulang pembakar yang dialas kertas minyak dan sejuk bekukan agar bentuk lebih baik.

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 35 minit
Hidangan:
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)