Crumble Epal dan Buah Kurma

Crumble Epal dan Buah Kurma

Bahan-bahan

  • 250g tepung naik-sendiri

  • 1 sudu teh serbuk rempah campuran (diayak bersama)

  • 250g mentega, dipotong dadu

  • 200g emping oat

  • 4 sudu besar madu

  • 1 kuning telur

  • ¼ cawan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD


Bahan-bahan untuk inti:

  • 300g buah kurma, dibuang biji dan dihiris

  • 3 epal hijau, dikupas kulit, dibuang empulur dan dipotong nipis

  • ¼ cawan jus lemon

  • Lapisan kuning kulit 1 biji lemon

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Sapukan sedikit mentega pada acuan pembakar berukuran 9 x 9 inci (disyorkan bawah kuali penaik tersebut boleh ditanggalkan).

  2. Untuk membuat crumble, masukkan campuran tepung dan rempah campur yang telah diayak ke dalam mangkuk. Masukkan mentega ke dalam tepung dan gaul sehingga menjadi seakan-akan serbuk roti. Masukkan oat, madu, kuning telur dan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD dan gaul sehingga sebati.

  3. Tekan 2/3 adunan crumble ke dalam acuan pembakar dan ratakan dipermukaannya. Kepalkan adunan crumble yang selebihnya menjadi bebola, balut dengan plastik pembalut berpaut dan simpan di dalam pendingin beku untuk digunakan kemudian.

  4. Campurkan bahan-bahan inti dan masak di atas api rendah selama 8 minit. Biarkan ia sejuk.

  5. Masukkan inti yang telah sejuk ke atas adunan di dalam acuan pembakar dan ratakan. Kemudian sagat crumble beku di atasnya. Bakar selama 50 minit atau sehingga warnanya menjadi sedikit kekuningan. Biarkan ia sejuk sebelum memotongnya.


Tip Chef:

Campurkan jus lemon dengan epal untuk mengelakkan warnanya bertukar menjadi perang.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 40 minit
Hidangan: 8
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)