Jeli Kuih Bulan

Jeli Kuih Bulan

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk inti jeli:

  • 3 sudu besar Krimer Sejat MARIGOLD

  • 300ml air

  • 2 sudu teh serbuk agar-agar

  • 80g gula

  • 3/4 sudu teh pewarna oren


Bahan-bahan untuk kulit jeli:

  • 500ml air

  • 300ml Krimer Sejat MARIGOLD

  • 5 sudu teh serbuk agar-agar

  • 190g gula


Bahan-bahan:

  • Beberapa titis esen pandan

  • Beberapa titis pewarna hijau

  • Beberapa titis esen kelapa

  • Acuan kuih bulan (100ml setiap satu)

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Campurkan bahan-bahan untuk inti jeli di dalam periuk dan masak sehingga gula larut dan biarkan ia mendidih perlahan-lahan. Tuangkan ke dalam bekas setinggi 4cm. Biarkan ia beku di dalam peti sejuk. Gunakan senduk buah berbentuk bulat untuk menjadikan inti jeli bulat. Ketepikan.

  2. Campurkan bahan-bahan untuk kulit jeli dan masak sehingga gula larut dan biarkan ia mendidih perlahan-lahan. Bahagikan ia kepada 2 bahagian sama banyak. Untuk jeli kuih bulan berperisa pandan, masukkan esen pandan dan beberapa titis pewarna hijau kepada satu bahagian. Satu bahagian lagi, masukkan esen kelapa untuk menjadikan jeli kuih bulan berperisa kelapa.

  3. Untuk membuat jeli kuih bulan berperisa pandan, masukkan 4 sudu besar adunan pandan ke dalam acuan. Biarkan ia membeku selama 5 minit atau sehingga ia cukup kental untuk memasukkan satu sudu inti jeli ke dalam setiap acuan. Kemudian, penuhkan acuan dengan adunan pandan sehingga penuh.

  4. Untuk membuat jeli kuih bulan berperisa kelapa, ulangi langkah di atas.

  5. Kemudian biarkan jeli membeku dan sejukkan sebelum dihidang.


Tip Chef:

Campurkan serbuk agar-agar dengan air bersuhu bilik sebelum memasak akan mengelakkan ia daripada berketul.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 6
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)