Kek Cawan Jeli Bersusu

Bahan-bahan
12g serbuk agar-agar
200ml Krimer Sejat MARIGOLD
100ml santan
500ml air
200g gula
2 sudu teh esen vanila, pandan atau kelapa (mengikut citarasa)
Pewarna makanan pilihan anda
15 acuan cawan kek bersilikon
Reka bentuk acuan gula-gula pilihan anda
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Campurkan serbuk agar-agar, Krimer Sejat MARIGOLD, santan, air, gula dan esen vanila, pandan atau kelapa bersama. Kacau sehingga agar-agar menjadi cecair.
Didihkan perlahan, kacau dan masak selama 1 minit atau sehingga adunan sedikit pekat dan baru nak mendidih. Tutup api.
Tuangkan adunan tidak berwarna ke dalam 15 acuan cawan kek bersilikon. Bahagikan adunan yang selebihnya dengan warna pilihan anda. Tuangkan ke dalam acuan gula-gula yang kecil dan biarkan sehingga menjadi keras.
Keluarkan agar-agar dari acuan gula-gula dan gunakan untuk menghias kek cawan agar-agar. Sesuai dihidangkan sejuk.
Campurkan serbuk agar-agar dengan cecair sebelum dimasak untuk mengelakkan campuran berketul-ketul.
