Kek Cawan Ros Kukus

Kek Cawan Ros Kukus

Bahan-bahan

  • 120g tepung kek berprotein tinggi

  • 90g tepung gandum biasa

  • 1 sudu besar tepung kastard

  • 4 sudu teh serbuk penaik dwi tindakan

    (diayak bersama)


Bahan-bahan untuk adunan:

  • 3 biji telur

  • ¾ cawan Krimer Sejat MARIGOLD

  • 230g gula kastor

  • 50g mentega, dicairkan

  • 60g minyak bunga matahari

  • 3 sudu teh esen ros

  • 2 titis pes pewarna strawberi

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Letakkan acuan kertas ke dalam dulang kek cawan.

  2. Masukkan bahan-bahan untuk diadun ke dalam jag. Kacau sehingga gula larut.

  3. Di dalam mangkuk besar, gabungkan campuran tepung yang telah diayak dengan adunan.

  4. Masukkan adunan yang telah digabung ke dalam acuan kertas tadi (isi separuh) dan kukus atas api tinggi selama 20 minit.


Tip Chef:

Semasa mengukus kek cawan, jangan buka penutup sehingga masa yang ditetapkan, jika tidak kek akan tenggelam.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 8
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)