Kek Krim Lembut

Bahan-bahan
240g tepung kek
1 sudu besar serbuk penaik
½ sudu teh garam halus
(Tapiskan bahan-bahan di atas)
6 biji kuning telur
½ cawan Krimer Sejat MARIGOLD
¼ cawan air
½ cawan minyak jagung
(campurkan)
8 biji putih telur
½ sudu teh krim tartar
120g gula kastor
1 cawan krim putar
30g gula aising, ditapis
4 sudu teh esen vanila
24 bekas cawan kek
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Panaskan oven terlebih dahulu pada 160°C.
Masukkan adunan tepung yang telah ditapis ke dalam mangkuk adunan bersama adunan kuning telur dan pukul selama 3 minit.
Gunakan mangkuk adunan lain, pukul putih telur dan krim tartar bersama untuk 1 minit dan kemudian tambahkan gula sedikit demi sedikit. Teruskan memukul sehingga putih telur jadi kembang.
Masukkan adunan putih telur yang telah dipukul ke dalam adunan tepung dengan menggunakan sudu kayu. Sediakan bekas cawan kek di atas dulang dan tuangkan adunan kek sehingga separuh penuh. Sediakan bekas cawan kek di atas dulang dan tuangkan adunan kek sehingga separuh penuh.
Bakar selama 20 minit dan biarkan sehingga sejuk.
Pukul krim putar dengan gula aising dan esen vanila hingga kembang. Isikan beg piping dengan nozel No 21.
Halakan nozel ke bahagian tengah kek, picitkan krim dan buatkan roset di atas kek.
Untuk memukul putih telur dengan berkesan, gunakan telur yang telah disimpan dalam suhu bilik.
