Kek Mentega Klasik

Bahan-bahan
250g tepung naik sendiri
1 sudu teh serbuk penaik (diayak bersama)
250g mentega (berkualiti tinggi), disejukkan
230g gula pasir halus
4 sudu teh esen vanilla
4 biji telur, gred C
¼ cawan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Panaskan ketuhar pada suhu 160ºC. Kemudian, griskan dasar dan tepi permukaan acuan pembakar berukuran 8 inci persegi.
Pukul mentega, gula dan esen vanilla sehingga naik gebu.
Pukul telur dengan pemukul telur secara berasingan sehingga ia menjadi keras dan warna keputihan.
Campurkan telur yang telah dipukul dan tepung yang sudah diayak dalam 3 kelompok ke dalam adunan mentega.
Akhir sekali, gaulkan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD dan masukkannya ke dalam acuan pembakar.
Bakar selama 1 jam atau sehingga pencucuk yang dimasukkan ke dalam bahagian tengah kek dikeluarkan kering.
Jika kek mula menjadi perang sebelum ia masak, tutup bahagian atas kek dengan sekeping kerajang aluminium.
