Kuih Lapis Surabaya

Kuih Lapis Surabaya

Bahan-bahan

(Gandakan sekali lagi resipi di bawah untuk membuat kek lapis biasa)

5 kuning telur, gred A

3 putih telur

¼ sudu kecil garam halus

65g gula kastor

1 sudu kecil ovalette

1 sudu besar Krimer Manis MARIGOLD

45g tepung halus, diayak

100g mentega cair


Bahan-bahan untuk kuih lapis coklat:

5 kuning telur, gred A

3 putih telur

¼ sudu kecil garam halus

65g gula kastor

1 sudu kecil ovalette / emulsifier

1 sudu besar Krimer Manis MARIGOLD

1 sudu kecil pes coklat

30g tepung halus, diayak

15g serbuk koko, diayak

100g mentega cair

Jem buah-buahan pilihan anda

Gula aising, untuk ditabur

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Untuk membuat lapisan kuih mentega: Campurkan kuning telur, gula, ovalette dan Krimer Manis MARIGOLD. Dengan menggunakan mesin pengadun, pukul selama 8 minit, kemudian semasa mesin sedang berputar, tuangkan mentega cair perlahan-lahan sehingga campuran menjadi tiga kali ganda dari isipadu asalnya. Ketepikan.

  2. Pukul putih telur dengan garam sehingga kembang. Gunakan senduk kayu, kaup dan balikkannya perlahan-lahan ke dalam campuran tepung sehingga sebati. Tuangkan ke dalam acuan kek yang disediakan dan bakar selama 30 minit atau sehingga kenyal apabila disentuh.

  3. Sejukkan selama 10 minit, gunakan pisau mengelilingi acuan kek untuk melonggarkan kek, keluarkannya dan letak di atas rak dawai untuk ia menjadi sejuk sepenuhnya.

  4. Untuk membuat lapisan kuih coklat, campurkan kuning telur, gula, ovalette dan Krimer Manis MARIGOLD. Kemudian, masukkan pes coklat, tepung halus dan serbuk koko. Dengan menggunakan mesin pengadun, pukul selama 8 minit, kemudian semasa mesin sedang berputar tuangkan mentega cair perlahan-lahan sehingga campuran menjadi tiga kali ganda dari isipadu asalnya. Ketepikan.

  5. Pukul putih telur dengan garam sehingga kembang. Gunakan senduk kayu, kaup dan balikkannya perlahan-lahan ke dalam campuran pes coklat sehingga sebati. Tuangkan ke dalam acuan kek yang disediakan dan bakar selama 30 minit atau sehingga kenyal apabila disentuh.

  6. Biarkan ia sejuk selama 10 minit, gunakan pisau mengelilingi acuan kek untuk melonggarkan kek, keluarkannya dan letak di atas rak dawai untuk ia menjadi sejuk sepenuhnya.

  7. Untuk memasang kek, sapukan jem dengan nipis pada setiap lapisan dan lapiskan. Potong pada saiz hidangan dan ayakkan gula aising di atasnya sebelum dihidangkan.


Tip Chef:

Untuk mengelakkan kek dari mengempis, sapukan dulang dengan sedikit minyak dan lapik dengan kertas minyak.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 60 minit
Hidangan: 8
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)