Pai Epal Mini

Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk inti pai:
3 biji epal hijau, dibuangkan kulit dan empulurnya, kemudian dipotong dadu.
30g kranberi kering
1 ½ sudu teh kayu manis yang dikisar
1 teh sudu buah pala yang dikisar
40g gula perang
¼ cawan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
Bahan-bahan pastri:
470g tepung gandum
250g mentega sejuk, dipotong dadu
2 sudu besar gula aising
3-4 sudu besar air sejuk
Sebiji kuning telur, dipukul ringan
Pelicau telur:
1 biji telur
2 sudu besar Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
Secubit garam
(Campur dan tapiskan)
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 200 °C.
Masak epal hijau, kranberi, kayu manis, buah pala, gula perang dan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD pada api sederhana sehingga buah epal menjadi lembut (memerlukan 3-4 minit). Biarkan sehingga sejuk.
Untuk membuat pastri, campurkan tepung gandum, gula aising dan mentega dalam pemproses makanan. Gaul adunan sehingga menyerupai serbuk roti. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk adunan. Renjiskan air sejuk, kuning telur dan gaul adunan sehingga doh terbentuk.
Tutup doh dengan plastik pembungkus dan biarkan dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya setengah jam.
Guling pastri setebal 2mm dan potong dengan pemotong bulat berukuran 8cm. Letakkan pastri di atas bekas acuan, isikan dengan isian pai epal. Sapukan sedikit bahagian tepi pastri dengan air dan tutup dengan sekeping lagi pastri. Tepuk-tepuk sedikit pada bahagian tepi untuk menutup bahagian tepi sekeliling pai.
Hias bahagian atas dengan pastri yang dipotong dan gunakan garpu untuk membuat lubang stim pada pai.
Bakar selama 20 minit, keluarkan dan sapukan pelincau telur pada pai. Sambung semula membakar selama 6 minit atau sehingga pai berwarna kuning keemasan.
Untuk mengelakkan epal bertukar warna perang, renjiskan dengan sedikit jus lemon.
