Pulut Kukus dengan Nangka

Pulut Kukus dengan Nangka

Bahan-bahan

  • 250g beras pulut, dicuci dua kali dan direndam semalaman

  • 200ml santan pekat

  • 2 helai daun pandan

  • 1½ sudu besar garam

  • 70g gula


Bahan-bahan untuk nangka:

  • 14 ulas nangka, keluarkan biji, dihiris tebal

  • 1 tin Krimer Sejat MARIGOLD

  • 200g gula

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Toskan beras pulut dan kukus dalam pengukus selama 30 minit. Renyaikan beberapa sudu air diatasnya dan terus kukus sehingga pulut masak sepenuhnya.

  2. Dalam periuk berdasar tebal, gabungkan santan kelapa, daun pandan dengan garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga panas. Jangan mendidih. Padamkan api.

  3. Campurkan pulut panas, tudungkan selama ½ jam atau sehingga pulut telah menyerap semua santan.

  4. Satukan nangka, Krimer Sejat MARIGOLD, gula dan masak dengan api perlahan, kacau sehingga gula larut dan nangka dilembutkan.

  5. Hidangkan pulut dengan nangka di sisi.


Tip Chef:

Tutup pulut dengan kain lembap untuk megekalkan kelembutan pulut, jika tidak dimakan serta merta

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 45 minit
Hidangan: 6
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)