Sorbet Nanas dan Limau Nipis

Bahan-bahan
360g gula pasir
100ml air
1 tin Krimer Sejat MARIGOLD
10 sudu besar Krimer Manis MARIGOLD
400ml jus nanas
10 sudu besar jus limau nipis pekat
1 sudu besar kulit limau nipis
Hidangkan dengan kon wafel ais krim dan limau nipis yang dihiris
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Campurkan air dan gula pasir. Masak dengan api sederhana, kacaukan sehingga gula larut. Biarkan sejuk.
Kemudian, campurkan campuran gula dengan bahan-bahan yang lain kecuali kulit limau nipis. Tapiskan campuran ke dalam dulang. Masukkan kulit limau nipis dan gaulkan.
Tutup dengan kertas aluminium dan letakkan campuran di dalam peti sejuk sehingga hampir keras.
Kisarkan sorbet dengan pemproses makanan sehingga lembut. Masukkan campuran semula ke dalam bekas dan bekukan semula sehingga pejal.
Hidangkan dengan kon wafel ais krim dan limau nipis yang dihiris
Elakkan mengikis kulit limau nipis dari bahagian putih kerana ia amat pahit.
