Sri Delima dengan Jeli Nangka

Sri Delima dengan Jeli Nangka

Bahan-bahan

  • 100g buah berangan, segar / dalam tin, dipotong dadu kecil

  • ¼ sudu teh kokineal / pewarna merah

  • 200g tepung ubi

  • 100g isi nangka segar, dihiris nipis

  • 1 liter air

  • 2 sudu besar serbuk agar-agar

  • 150g gula

  • ½ sudu teh garam

  • 200ml Krimer Sejat MARIGOLD

  • Gunakan acuan jeli atau dulang pembakar pilihan anda

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Untuk membuat sri delima, campurkan buah berangan dengan kokineal atau pewarna merah. Masukkan ke dalam tepung ubi dan pastikan ia bersalut rata. Ayak lebihan tepung ubi

  2. Masak air sehingga mendidih, masukkan buah berangan dan sebaik saja ia terapung, keluarkannya dan masukkan ke dalam air sejuk.

  3. Dalam periuk lain, campurkan air, serbuk agar-agar, gula, garam dan Krimer Sejat MARIGOLD. Masak atas api sederhana dan kacau sehingga ia mendidih, masukkan nangka dan biarkan ia masak selama 2 minit lagi.

  4. Masukkan campuran nangka ke dalam setiap acuan lebih kurang 1cm tinggi dan tambahkan beberapa sri delima. Biarkan ia mengeras, sebelum menambah satu lagi lapisan campuran jeli serta sri delima. Ulang langkah tersebut sehingga campuran dan sri delima habis. Dihidang sejuk.


Tip Chef:

Buah-buahan seperti oren dan mangga boleh digunakan sebagai pengganti untuk nangka. Potong buah kecil-kecil dan guna seperti di dalam resipi.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 8
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)