“Sweet Reunion Dessert (Tang Yuan)”

Bahan-bahan
Bahan-bahan bebola nasi:
180g tepung beras pulut
90ml air mendidih
100ml air
Beberapa titik pewarna kuning, hijau atau merah
Bahan-bahan air manisan:
800ml air
8 biji kurma merah cina, dibuang biji
100g gula
100ml Krimer Sejat MARIGOLD
3 daun pandan, diikat
½ sudu teh garam
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Untuk sediakan air manisan, panaskan 800ml air sehingga mendidih, masukkan kurma merah, gula, Krimer Sejat MARIGOLD, daun pandan dan garam. Masak dengan api sederhana dan kacau sehingga gula menjadi larut. Tutupkan api.
Campurkan tepung beras pulut dengan air mendidih dan kacaukan dengan sudu kayu. Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit semasa mengacau sehingga terbentuknya doh.
Bahagikan doh kepada 3 dan warnakan setiap dengan warna yang berlainan. Jadikan bebola kecil.
Didihkan air, kemudian masukkan bebola nasi pulut dan masak sehingga bebola timbul. Tapiskan air dan masukkan bebola ke dalam air manisan.
Ia boleh dihidang panas atau sejuk.
Untuk rasa yang berbeza, daun pandan boleh digantikan dengan halia sebesar 4cm.
