Bebola Nasi dengan Ebiko

Bebola Nasi dengan Ebiko

Bahan-bahan

  • 250g beras Jepun

  • 100g Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 300ml air

  • 1 sudu kecil garam

  • 1 tab ebiko (telur udang)

  • 1 paket perasa beras Jepun (36g)

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Campurkan beras, Susu Isian Sejat MARIGOLD, air, garam dan masak dalam periuk nasi. Kemudian biarkan nasi sejuk sebelum menggebukannya.

  2. Taburkan perasa beras Jepun ke dalam beras dan gaul rata.

  3. Masukkan nasi yang telah dimasak ke dalam acuan bebola beras atau masukkan 2 sudu nasi ke dalam sekeping pembalut plastik, (cling wrap), kumpulkan bahagian tepi plastik dan putar untuk membentuk bebola beras. Ketepikan dan mengulangi proses dengan nasi seterusnya.

  4. Sebelum menghidang, tanggalkan pembalut plastik dan letakkan ebiko keatas bebola beras.

Tip Chef:

Acuan bola nasi mudah didapati di kedai-kedai barangan Jepun.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)