“Coleslaw” Pelangi

Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk “dressing”:
1⁄5 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar gula
½ sudu teh garam
1 sudu besar saderi (dihiris halus)
1 cubit serbuk lada putih
Bahan- bahan untuk “coleslaw”:
2⁄3 cawan kobis (dimayang)
2⁄3 cawan lobak merah (dimayang)
2⁄3 cawan kobis ungu (dimayang)
½ cawan lada benggala merah (dihiris)
½ cawan lada benggala kuning (dihiris)
½ cawan lada benggala hijau (dihiris)
2 sudu teh “flaxseed” panggang (jika suka)
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Basuh dan potong kobis, kobis ungu, lobak merah, lada benggala kuning, lada benggala hijau dan lada benggala merah pada saiz dan bentuk yang dikehendaki. Ketepikan.
Sediakan bahan-bahan untuk “dressing”. Kemudian campurkan semua bahan– bahan (Susu Isian Sejat MARIGOLD, mayonis, gula,garam,lada putih, saderi dan jus lemon) dan gaul rata.
Gunakan “dressing” yang mencukupi untuk digaul dengan sayur-sayuran yang tersedia.
Taburkan “flaxseed” panggang di atas coleslaw.
Hidangkan segera.
Rendam sayur-sayuran di dalam air ais selepas memotong atau mencarik untuk memastikan tekstur dan bentuknya terpelihara.
