Lempeng Ubi Kentang dan Kacang Kuda

Lempeng Ubi Kentang dan Kacang Kuda

Bahan-bahan

  • 1 biji ubi kentang Russet, dicincang

  • 1 biji lobak merah, dicincang

  • 5 batang ketumbar, dipotong halus

  • 1 biji bawang besar, dihiris halus

  • 5 sudu besar minyak masak

  • Daun ketumbar segar untuk hiasan


Bahan-bahan untuk adunan:

  • 5 sudu besar tepung beras

  • 3 sudu besar tepung kacang kuda (berpaket)

  • ¼ cawan Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • ¼ cawan air

  • 1 sudu teh garam halus

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Campurkan bahan-bahan adunan dan tapis. Masukkan ubi kentang, lobak merah, daun ketumbar dan bawang.

  2. Panaskan kuali yang tak melekat  berukuran 12 inci dengan besar minyak. Masukkan adunan ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga berwarna sedikit perang. Kemudian terbalikkan dan masakkan bahagian sebelahnya untuk 2 minit lagi atau sehingga berwarna perang.

  3. Hidangkan lempeng dengan sedikit daun ketumbar segar.

Tip Chef:

Rendamkan hirisan ubi kentang di dalam air untuk mengelakkan ia bertukar kepada warna perang. Keringkan sebelum digunakan.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)