Mangga Muda dengan Sos Cicah Cili Udang Kering

Bahan-bahan
5 biji mangga muda bersaiz sederhana, dihiris
1 biji timun, dihiris
Daun salad
Segugus terung pipit (jika suka)
Bahan-bahan untuk sos cicah:
50g udang kering, direndam dalam air sehingga lembut dan dicincang kasar
4 ulas bawang putih, dicincang halus
110g isi ayam tanpa kulit, dicincang kasar
4 biji cili padi, dicincang kasar
½ cawan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
85g gula perang
4 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam yang baru ditumbuk
2 sudu besar minyak masak
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Panaskan minyak. Apabila panas, tumis udang kering dan bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan ayam, cili dan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD.
Biarkan mendidih di atas api kecil dan reneh selama 8 minit. Campurkan gula perang, sos ikan dan serbuk lada hitam.
Hidangkan sos cicah dengan buah mangga muda, timun, daun salad dan terung pipit di sebelahnya.
Daging ayam kisar yang dijual di kedai mungkin terlalu halus untuk digunakan dalam resipi ini.
