Pastri Kecil Ayam Lemon Berkrim

Pastri Kecil Ayam Lemon Berkrim

Bahan-bahan

  • 1 pastri lapis sedia dimasak, dibahagikan kepada 2 keping

  • 4 sudu besar keju Parmesan parut

  • 1 sudu teh oregano segar

  • Hirisan lemon untuk hiasan


Bahan-bahan untuk isi ayam lemon:

  • 3 sudu besar minyak zaitun

  • 1 bawang besar, dipotong dadu

  • 2 batang kucai, dihiris nipis

  • 2 lobak merah, dihiris

  • 400g dada ayam, dipotong dadu

  • 100ml Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • 100ml air

  • 50ml jus lemon yang baru diperah

  • 1 sudu teh kulit lemon parut

  • Garam dan lada secukup rasa

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar kepada 200°C. Lapik dulang pembakar dengan kertas minyak dan sapu dengan sedikit mentega.

  2. Letakkan 2 keping pastri di atas dulang pembakar. Cucuk seluruh pastri dengan garpu, kecuali tepinya. Simpan di dalam peti sejuk.

  3. Sementara itu, panaskan minyak zaitun dalam kuali. Setelah panas, masukkan ayam, bawang, sayur kuchai dan lobak merah dan goreng selama 5 minit. Masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD dan air dan masak selama 5 minit lagi. Masukkan jus lemon, kulit lemon, garam dan lada secukup rasa. Biarkan sejuk.

  4. Bahagikan campuran bahan-bahan isi ayam lemon yang sudah sejuk ke atas 2 keping pastri. Tabur keju Parmesan dan oregano ke atasnya.

  5. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama kira-kira 15 minit sehingga pastri kembang dan berwarna keemasan di bahagian sisi.

  6. Keluarkan dan sejukkan di atas rak dawai selama 5 minit. Letakkan hirisan lemon sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

Tip Chef:

Nyahbekukan pastri lapis di dalam peti sejuk untuk hasil yang terbaik.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)