"Rising Fortune Wrap"

Bahan-bahan
500g dada ayam tanpa kulit, dikisar kasar
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos makanan laut
4 sudu besar Susu Isian Sejat MARIGOLD
1 sudu besar minyak bijian
½ sudu besar garam
2 sudu teh tepung ubi kentang
1 sudu besar halia cincang
1 lada benggala merah kecil, dihiris nipis
8 jagung kecil, dihiris tebal
4 cendawan shitake, dipotong dadu
1 sudu besar sos tiram
10 hingga 12 helai daun salad
Hiasan:
Daun ketumbar
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Campurkan daging ayam kisar dengan kicap cair, sos makanan laut, Susu Isian Sejat MARIGOLD, minyak bijian, garam dan tepung ubi kentang. Perapkan selama 20 minit.
Panaskan 3 sudu teh minyak masak dan gorengkan daging ayam kisar yang diperap untuk 2 minit (api besar). Letakkan di atas pinggan sisi.
Panaskan 1 sudu besar minyak masa di dalam kuali bersih, tumiskan halia sehingga wangi, masukkan cendawan, lada benggala merah, jagung kecil dan masakkan selama 1 minit, kemudian masukkan sos tiram dan daging ayam. Tutupkan api selepas masak.
Tuangkan campuran daging ayam ke atas pinggan dengan daun salad diletakkan di sisi untuk digunakan sebagai pembalut hidangan.
Kulit popia Tortilla atau Vietnam juga sesuai digunakan
