Salad Tembikai Berkrim dengan Kacang Walnut

Bahan-bahan
¼ biji tembikai (rock melon) atau mana-mana jenis tembikai mengikut musim (dipotong dadu)
¼ tembikai susu (dipotong dadu)
1/3 cawan kacang walnut, disangai
Kuah Salad
50 ml Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar keju krim
1 sudu besar jus lemon (campurkan & sejukkan)
Sedikit emping cili untuk hiasan (pilihan)
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Campurkan kedua-dua jenis tembikai ke dalam mangkuk. Masukkan kuah salad dan gaulkan serta taburkan kacang walnut di atasnya.
Hidangkan segera dan taburkan sedikit emping cili di atas salad. (jika anda suka)
Tip Chef:
Jenis tembikai manis yang lain juga boleh digunakan
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 10 minit
Hidangan: 6
