Serunding Ayam dengan Nasi Himpit

Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
1.5kg dada ayam, dibuang kulitnya
2 batang serai, diketuk
4 helai daun salam / daun kunyit
1 sudu besar garam
1.2 liter air
Bahan-bahan B:
4 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD
200ml air
8 sudu besar gula
2 sudu besar garam
4 keping asam jawa
Bahan-bahan untuk dikisar:
15 cili kering, direndam sehingga lembut
12 bawang kecil
4 ulas bawang putih
3cm lengkuas
3 daun limau purut, dihiris halus
Bahan-bahan:
Nasi himpit, timun dan tomato untuk dihidangkan bersama serunding
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Masukkan bahan-bahan A ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih di atas api sederhana tinggi. Kemudian rendahkan api dan renih ayam selama 25 minit. Keluarkan ayam, buang yang lain dan apabila ayam sejuk, carik halus isi ayam mengikut iranya.
Campurkan ayam dengan bahan-bahan yang telah dikisar serta bahan-bahan B di dalam periuk. Kacau di atas api sederhana sehingga kering, lebih kurang sejam. (Kurangkan masa memasak jika anda lebih suka serunding lebih basah).
Taburkan hirisan daun limau purut dan gaul rata. Hidang serunding bersama nasi himpit, hirisan timun dan tomato.
Goreng kacau selalu dan rendahkan api untuk mengelakkan serunding hangit.
