Sos Lada Benggala Merah Panggang dengan Tortila Bakar

Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk sos lada benggala merah panggang:
4 biji lada benggala merah saiz besar (dibuang biji, dipanggang dan dikisar)
2 biji lada benggala merah saiz besar (dibuang biji, dipanggang)
1/3 cawan bawang besar
8 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar Krimer Sejat MARIGOLD
2 sudu besar MARIGOLD Yogurt Lemak Rendah (Asli)
1 sudu teh perahan jus lemon
1 cubit serbuk jintan putih
Garam dan lada hitam secukup rasa
Bahan-bahan untuk tortila panggang:
5 keping tortila
2 sudu besar minyak zaitun (untuk sapuan)
Bahan hiasan:
Daun pasli (dicincang kasar)
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Sos lada benggala merah panggang
Sediakan kepingan lada benggala merah dan bawang besar dan salutkan dengan 2 sudu besar minyak zaitun.
Panggang lada benggala merah dan bawang besar di dalam ketuhar dengan suhu 170°C selama 7 hingga 10 minit, balikkan selalu sehingga kedua-dua belahnya masak. (Ambil 1/3 lada benggala merah panggang, potong dadu dan ketepikan).
Masukkan lada benggala merah, bawang besar, minyak, MARIGOLD Yogurt Lemak Rendah (Asli), garam, jintan putih, lada hitam, jus lemon, dan Krimer Sejat MARIGOLD ke dalam pemproses makanan dan kisar sehingga sebati.
Masukkan potongan lada merah panggang dan gaul rata.
Hidang bersama tortila panggang.
Tortila panggang
Sapu kedua-dua belah tortila dengan minyak zaiton.
Panaskan tortila atas kuali pemanggang selama 2 min (sehingga tanda gril dapat dilihat) dan terbalikkan untuk memanggang bahagian lain tortila
Potong tortila panggang kepada 6-8 keping (secara baji)
Selepas membuang biji lada merah, sapu sedikit minyak di seluruh tapak tangan anda selama kira-kira satu minit, kemudian bilas dengan air dan sabun. Ini akan mengurangkan / menghilangkan rasa pedas akibat membuang biji lada merah.
