Sos Tiga Keju dengan Roti Piza

Sos Tiga Keju dengan Roti Piza

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk sos keju

  • ½ tin Susu Isian Sejat MARIGOLD

  • ¾ cawan keju cheddar (diparut)

  • 1⁄3 cawan keju parmesan (diparut)

  • 1 sudu besar mentega tanpa garam

  • Garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk piza

  • 6 keping roti putih

  • 15 biji tomato (dihiris nipis tanpa biji)

  • 2-3 keping lof ayam (dipotong kiub)

  • 2 sudu teh daun selasih (dicincang)

  • ¼ cawan keju mozzarella (diparut)

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

Sos keju


  1. Cairkan mentega dan masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD. Masak sehingga mendidih.

  2. Matikan api. Masukkan keju cheddar dan keju parmesan dan pukul secara berterusan.

  3. Masukkan garam.


Piza


  1. Hiris tomato dan cincang daun selasih. Ketepikan.

  2. Sediakan sos keju.

  3. Letakkan keju mozzarella di antara dua keping roti. Gelek roti dengan penggelek sehingga nipis. Potong tepi roti.

  4. Bakar roti dalam kuali sehingga sedikit perang. Sapukan sos keju atas roti.

  5. Letakkan hirisan tomato, lof ayam, keju mozzarella dan daun selasih cincang pada roti bakar.

  6. Masukkan ke dalam ketuhar selama 8 minit pada suhu 150°C.

  7. Sedia untuk dihidang.


Tip Chef:

Untuk mengurangkan daripada bersepah, letakkan sos keju ke dalam beg piping dan tekan ke atas roti. Minta bantuan daripada anak-anak anda, ia boleh membuatkan suasana sungguh menyeronokkan!

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 15 minit
Hidangan: 2 - 3
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)