Ubi Kayu dengan Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan
150g ikan bilis
3 sudu besar minyak masak
6 sudu besar pes cili
6 biji bawang kecil, dikisar
1 sudu teh belacan, dibakar
2 sudu besar pes asam jawa
½ cawan air
3 sudu besar gula
500g ubi kayu
1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD
1 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan, diikat
Garam secukup rasa
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis pes cili dan bawang merah selama 2 minit, kacau dan masukkan belacan, asam jawa, air, gula dan daun pandan. Masak selama 3 hingga 4 minit sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan garam secukup rasa dan ikan bilis goreng, gaul rata dan padamkan api.
Sediakan periuk kukus. Kupas kulit ubi kayu dan keluarkan tetulangnya. Potong kepada saiz suapan. Campurkan Susu Isian Sejat MARIGOLD dan garam halus ke dalam dulang pengukus. Masukkan ubi kayu dan ratakannya. Kukus selama 40 minit, kacau dua kali supaya ubi kayu bersalut susu dengan sempurna. Cucuk ubi untuk memastikan ia empuk.
Hidangkan ubi kayu dengan sambal ikan bilis ditepinya.
Selain daripada digoreng dalam minyak, ikan bilis juga boleh digunakan begitu sahaja.
