ASAM PEDAS MUAR

Bahan-bahan
450g filet ikan merah atau stik jenahak.
150g bawang merah besar
50g bawang putih
100g pes cili kering
100g fpes cili merah segar
50g udang kering
100g bunga kantan
6 batang serai, dititik
100g buah nanas segar, dikisar
200g stok ikan jernih
50g Susu Isian Sejat MARIGOLD
50g jus limau
Secubit garam
Secubit lada putih
Secubit perasa ikan bilis
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Kisarkan bawang putih, halia, cili merah, cili padi, bawang merah besar sehingga menjadi pes.
Panaskan minyak dalam pan dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Setelah itu, tambahkan serai yang dititik ke dalam pan bersama tumisan bahan kisar tadi.
Masukkan bunga kantan, nanas yang dikisar dan jus limau.
Tumis sehingga wangi dan tambahkan kepingan jenahak atau ikan merah.
Tuangkan stok ikan ke dalamnya dan Susu Isian Sejat MARIGOLD dan biarkan reneh dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan ikan masak.
