Laksa Johor

Bahan-bahan
1.8kg ikan kembung/mabong
500g mi beras tebal, dimasak
120g taugeh, dibuang hujungnya, dibasuh dan dikering
1 biji timun, dipotong sehalus batang mancis
1 tangkai bunga kantan, dicincang halus
Beberapa tangkai daun pudina, dikoyakkan
6 cili merah, dihiris nipis
10 biji limau, bahagian atas dipotong
6 tangkai daun kesum
2 sudu besar kerisik
5 hiris asam jawa kering
1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD
3 sudu besar stok ikan bilis
5 sudu besar minyak masak
1.5 liter air
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan untuk dikisar:
4 bawang besar, dipotong dadu
4 tangkai serai
2.5cm lengkuas
3cm kunyit segar
1 sudu besar belacan
30g udang kering, direndam dalam air sehingga lembut
20 tangkai cili kering, direndam dalam air sehingga lembut
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Didihkan 1.5 liter air. Masak ikan di dalamnya selama 20 minit. Keluarkan ikan dan carikkan isi ikan. Ayakkan stok ikan ke dalam periuk dan ketepikan.
Panaskan minyak. Apabila panas, tumis bahan yang dikisar sehingga baunya naik dan pecah minyak.
Untuk membuat sup laksa tambahkan stok ikan, isi ikan, kerisik, asam jawa dan daun kesum. Biarkan ia mereneh selama 20 minit di atas api sederhana panas.
Masukkan Susu Isian Sejat MARIGOLD, perencah ikan bilis, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sup laksa mendidih perlahan-lahan dan tutupkan api.
Untuk dihidang, letakkan mi di dalam mangkuk dan taburkan sedikit taugeh, timun, bunga kantan, cili dan satu biji limau potong di sebelahnya. Tuangkan sup laksa ke atasnya dan hias dengan daun pudina. Sesuai dimakan panas.
Spageti boleh digunakan sebagai alternatif kepada mi beras yang tebal.
