DAGING EKSTRA PEDAS MASAK SOS HITAM

Bahan-bahan
350g daging batang pinang, dihiris sederhana tebal
20g halia muda segar
150g bawang merah besar
50g cili merah
50g bawang putih
200g cili padi
100g udang kering
6 batang serai, dititik
150ml kicap pekat manis
50ml Susu Isian Sejat MARIGOLD
Secubit garam & lada hitam
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Kisarkan bawang putih, cili merah, cili padi, bawang merah besar dan udang kering sehingga menjadi pes.
Panaskan minyak dalam pan dan tumis pes bahan kisar tadi.
Setelah itu, tambahkan serai dalam pan dan tumis.
Masak sehingga naik bau dan tambahkan Susu Isian Sejat MARIGOLD. Masukkan daging dan masak sehingga kuah agak pekat sedikit.
Perisakan dengan garam dan lada hitam.
Masa penyediaan: 50 minit
Masa memasak: 40 minit
Hidangan: 4
