KARI LAKSA JOHOR

KARI LAKSA JOHOR

Bahan-bahan

  • 350g mee hoon/bihun

  • 250g udang bersaiz sederhana

  • 8 keping tauhu goreng (tau pok)

  • 100g kek ikan, dihiris

  • 200g bebola ikan, putih

  • 100g taugeh

  • 50g pes cili, cili merah segar

  • 30g udang kering

  • 2 kuntum bunga kantan

  • 8 batang serai, dititik

  • 100g campuran bawang putih dan 1 cawan bawang merah besar

  • 250ml stok ayam jernih

  • 200g Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

  • 2 sudu makan serbuk kari

  • 10g perasa stok ayam

  • 40g dada ayam, dicarik

  • Minyak masak

  • Gula secukup rasa

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Rendamkan mee hoon/bihun dalam air sejuk untuk sekurang-kurangnya satu jam.

  2. Kisarkan bawang putih, bawang merah besar, udang kering dan cili merah menjadi pes halus.

  3. Keratkan dua tauhu goreng (tau pok) dan celurkan taugeh.

  4. Panaskan minyak dalam pan dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.

  5. Tambahkan stok ayam dan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD.

  6. Biarkan mereneh selama 10-15 minit. Kemudian, masukkan udang segar, serai, bunga kantan dan tauhu goreng (tau pok).

  7. Celurkan mee hoon/bihun, taugeh dalam air panas dan toskan. Kemudian, celurkannya sekejap dalam air sejuk supaya ia tidak menjadi terlalu lembut.

  8. Perisakan secukup rasa.

  9. Letakkan mee hoon/bihun yang dicelur ke dalam mangkuk sup sederhana besar. Taburkan taugeh dan tuangkan beberapa senduk kuah laksa bersama tau pok, kek ikan dan bebola ikan dan curah ke atas laksa tadi. Hidangkan dengan dada ayam yang dicarik.

Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 60 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)