KUAH KACANG DENGAN DAGING

KUAH KACANG DENGAN DAGING

Bahan-bahan

  • 150g daging cincang

  • 1 keping asam gelugur

  • 100g Krimer Sejat MARIGOLD

  • 50g minyak masak

  • 150g kacang tanah disangai, dibuang kulit dan ditumbuk

  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 15 tangkai cili kering, direndam air panas

  • 3 batang serai

  • 2 biji tomato, buang kulit

  • 2 biji bawang besar

  • 1 labu bawang putih

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan sedikit minyak dalam pan, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.

  2. Masukkan daging cincang, kacang tanah dan Krimer Sejat MARIGOLD serta asam gelugur. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.

  3. Hidangkan dengan lontong, ketupat atau nasi.

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 40 minit
Hidangan: 4
Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)