Nasi Beriani Ayam Johor

Bahan-bahan
Bahan-bahan rempah ayam:
1 ekor ayam, dipotong 16 ketul
2 sudu besar (30gm) rempah beriani*
Garam, secubit
1 cawan minyak masak, untuk menggoreng
Bahan-bahan Nasi Beriani:
8 cawan (2kg) beras Basmati
9 gelas (2160ml) air
10 ulas (50gm) bawang kecil
10 ulas (70gm) bawang putih
1/2 cawan daun pudina
3 biji cili hijau
2 inci halia
3 sudu besar (30gm) rempah beriani*
2 senduk minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
2 batang kulit kayu manis
10 biji bunga cengkih
7 tangkai bunga lawang
15 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
Gula batu, 5-6 ketul
1/2 tin kecil (80gm) puri tomato
1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD
2 sudu besar Krimer Manis MARIGOLD
Segenggam kismis
1/2 cawan bawang goreng
Secubit saffron, larutkan dalam satu sudu Susu Isian Sejat MARIGOLD suam
3 sudu besar air mawar
Daun ketumbar, dipotong
1 biji tomato, didadu
Daun pudina, untuk hiasan
Buah gajus, untuk hiasan
*Bahan-bahan Rempah Beriani buatan sendiri: (Jika tidak menggunakan Rempah Pracampur)
10 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga putih
10 buah pelaga hijau
10 biji lada hitam
4 batang kulit kayu manis
3 helai daun salam
2 sudu besar bawang goreng
3 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1/4 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu serbuk cili
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Cara penyediaan Nasi Beriani Ayam Johor:
Cuci dan rendam beras selama 1 jam. Kemudian toskan.
Perapkan ayam bersama rempah beriani dan garam selama 10 minit dan simpan di dalam peti sejuk.
Panaskan minyak masak dan goreng ayam separuh masak untuk mendapatkan warna kuning keemasan. Toskan minyak dan ketepikan.
Kemudian, kisar kasar bawang kecil, bawang putih, daun pudina, cili hijau, halia, rempah beriani dengan secawan air.
Panaskan minyak sapi dan minyak lebihan dari gorengan ayam ke dalam periuk. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dengan rempah kisar tadi hingga pecah minyak dan naik bau.
Kemudian, masukkan air, garam, gula batu, puri tomato, Susu Isian Sejat MARIGOLD dan Krimer Manis MARIGOLD.
Setelah mendidih, masukkan beras dan gaul sehingga kering dan kecilkan api.
Setelah nasi masak, masukkan kismis dan bawang goreng. Renjiskan larutan saffron dan air mawar atas nasi. Gaul rata.
Susun ketulan ayam, tomato dan daun ketumbar di atas nasi dan tutup periuk. Kecilkan api, biarkan selama 10 minit.
Hiaskan dengan daun pudina dan buah gajus. Sedia untuk dihidang.
Cara penyediaan Rempah Beriani buatan sendiri:
Kisar bunga cengkih, buah pelaga putih, buah pelaga hijau, lada hitam, kulit kayu manis, daun salam, bawang goreng, jintan manis dan jintan putih hingga halus.
Kemudian, campurkan serbuk rempah dikisar bersama serbuk kunyit dan serbuk cili. Sebatikan.
Gula batu digunakan untuk mengilatkan nasi
