Sos Keju Pedas dalam 3 hidangan
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarang

Kentang Hasselback dengan Sos Keju Pedas
Bahan-bahan
Kentang Hassleback
8 biji ubi kentang (600g)
5 sudu besar minyak zaitun
1/8 sudu teh garam laut halus
1/8 sudu teh lada hitam
Daun chives, untuk hiasan
Sos Keju Pedas
140g (lebih kurang 1 cawan) keju cheddar parut
1 sudu teh tepung jagung
2 sudu besar sos pedas Sriracha
1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD
2 ½ sudu teh serbuk bawang putih
2/3 sudu teh lada sulah
2/3 sudu teh garam laut halus
Cara Penyediaan
Kentang Hasselback
Panaskan ketuhar pada suhu 250°C.
Alas dulang pembakar dengan kertas aluminium.
Letak ubi kentang di antara dua batang kayu penyepit dan hiris setebal 3mm sehingga paras kayu penyepit.
Sapu sedikit minyak zaitun pada hirisan ubi kentang dan perisakan dengan garam laut halus dan lada hitam.
Tutup dulang pembakar dengan kertas aluminium yang lebih besar dan bakar selama 40 minit.
Sos Keju Pedas
Campurkan keju parut dan tepung jagung ke dalam periuk.
Tuangkan sos pedas Sriracha dan
Susu Isian Sejat MARIGOLD.Masak pada suhu yang rendah dan kacau tanpa henti menggunakan pemukul telur selama 5 minit sehingga keju cair, pekat dan menghasilkan krim yang konsisten.
Perisakan dengan serbuk bawang putih dan lada sulah.
Curah sos keju pedas ke atas kentang hasselback dan hiaskan dengan daun chives. Hidang serta merta.
Tambah Susu Isian Sejat MARIGOLD untuk mengurangkan kepekatan sos keju mengikut cita rasa.
Stik Kubis Bunga dengan Sos Keju Pedas
Bahan-bahan
2 biji kubis bunga besar (2kg), dipotong memanjang melalui batangnya menjadi 4 keping ‘stik’
2 sudu besar minyak zaitun
1/4 sudu teh serbuk bawang putih
1/4 sudu teh garam laut halus
1/4 sudu teh lada hitam
1/4 sudu teh serbuk paprika
Hirisan daun parsley, untuk hiasan
Cara Penyediaan
Panaskan ketuhar pada suhu 200°C.
Alas dulang pembakar dengan kertas pembakar.
Letak kubis bunga di atas kertas pembakar. Renjiskan dengan minyak zaitun.
Perisakan dengan serbuk bawang putih, garam, lada hitam dan serbuk paprika.
Bakar stik kubis bunga selama 15 minit sehingga hujung stik keperangan dan lembut.
Tuangkan Sos Keju Pedas (lihat resipi di atas) ke atas stik kubis bunga. Hias dengan daun parsley dan hidang serta merta.




Makaroni dan Keju Pedas
Bahan-bahan
2 cawan makaroni, dimasak mengikut arahan pada bungkusan
1 cawan (250ml) Sos Keju Pedas (lihat resipi di atas)
Daging lembu salai rangup
Daun parsley, untuk hiasan
Cara Penyediaan
Tuang Sos Keju Pedas ke atas makaroni dan gaul rata.
Tabur daging lembu salai dan hiaskan dengan daun parsley. Hidang serta merta.