Bubur Cha Cha Keledek

Bubur Cha Cha Keledek

Bahan-bahan

  • 1 biji keledek ungu

  • 1 biji keledek oren

  • 1 biji keledek kuning

  • 1 biji keledek putih

  • 1 cawan tepung ubi kayu

  • 1 tin Krimer Sejat MARIGOLD

  • 1 sudu Krimer Manis MARIGOLD

  • 1/4 sudu kecil garam

MARIGOLD Simple Cara Saya Masthead

Pemenang Saguhati

Simple Cara Saya Challenge 2024

Lihat post asal oleh Kak Wan di sini.

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Keledek dipotong dadu kecil dan celur ke dalam air panas selama 5 minit.

  2. Toskan hingga kering dan salutkan dengan tepung ubi kayu hingga rata.

  3. Masak air hingga mendidih, masukkan keledek dan rebus hingga tepung jernih.

  4. Untuk sos, campurkan Krimer Sejat MARIGOLD, Krimer Manis MARIGOLD dan garam

  5. Masukkan keledek ke dalam mangkuk dan tuangkan sos.

  6. Enak dinikmati panas atau sejuk!

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Hidangan: 2 hidangan
MARIGOLD Evaporated Filled Milk (390g)