Kek Krep Ros dengan Susu Kelapa dan Keju Beri Biru

Kek Krep Ros dengan Susu Kelapa dan Keju Beri Biru

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk Kulit Krep

  • 150g tepung gandum

  • 2 sudu minyak kelapa

  • 2-3 sudu Krimer Manis MARIGOLD

  • 1 biji telur

  • 1 sudu kecil esen vanila

  • 1 sudu emulco beri biru

  • 1 cawan (125ml) Krimer Sejat MARIGOLD

  • 330ml air kelapa

  • 1/2 sudu kecil garam


Bahan-bahan untuk inti

  • 150g krim keju

  • 4 sudu Krimer Manis MARIGOLD

  • 100ml krim putar

MARIGOLD Simple Cara Saya Masthead

Pemenang Saguhati

Simple Cara Saya Challenge 2024

Lihat post asal oleh Faizah Yahya di sini.

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

Cara Penyediaan Kulit Krep


  1. Satukan semua bahan untuk kulit krep dan kacau hingga sebati.

  2. Panaskan kuali non-stick dan tuang adunan ke atas kuali secara perlahan. Lengserkan kuali ke kiri dan kanan supaya adunan merata.

  3. Setelah siap, angkat dan ulang langkah sama sehingga adunan habis dimasak.


Cara Penyediaan Inti


  1. Satukan semua bahan inti dan putar sehingga sebati dan adunan nampak licin.


Cara Penyediaan Kelopak Ros


  1. Ambil satu keping kulit krep, sapukan inti di bahagian tengah dan lipat.

  2. Ulang langkah yang sama untuk kesemua kulit krep.

  3. Kemudian susun semua kulit krep tadi secara memanjang dan sapukan sedikit krim di bahagian bawah supaya melekat antara satu dengan yang lain.

  4. Gulung perlahan-lahan hingga membentuk bunga ros.

  5. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidang.

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 25 minit
Hidangan: 5-6 hidangan
MARIGOLD Evaporated Filled Milk (390g)