Puding Karamel Ala MARIGOLD

Puding Karamel Ala MARIGOLD

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk Karamel

  • 1 cawan gula

  • 1/2 cawan air


Bahan-bahan untuk Puding

  • 10g serbuk agar-agar

  • 4 cawan air

  • 1 tin Krimer Sejat MARIGOLD

  • 1½ cawan Krimer Manis MARIGOLD (bergantung tahap kemanisan diinginkan)

  • 3½ sudu tepung kastard

  • 1 sudu kecil esen vanila

  • Sedikit garam (untuk menaikkan rasa puding)

MARIGOLD Simple Cara Saya Masthead

Pemenang Hadiah Utama

Simple Cara Saya Challenge 2024

Lihat post asal oleh Za Fira di sini.

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Cairkan gula hingga perang dengan api perlahankan.

  2. Tutup api, tuang air dalam gula, hidupkan semula api, kacau sehingga larut menjadi karamel. Tuangkan dalam acuan.

  3. Masakkan air dan serbuk agar-agar dalam periuk lain.

  4. Campur dan kacau sehingga sebati Krimer Sejat MARIGOLD, Krimer Manis MARIGOLD, dan bahan-bahan puding yang lain. Kemudian masukkannya ke dalam larutan agar-agar, biarkan mendidih.

  5. Tuang larutan ke dalam acuan tadi dan sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam.

  6. Setelah sejuk, terbalikkan puding ke atas pinggan untuk dihidangkan.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 25 minit
Hidangan: 6 hidangan
MARIGOLD Evaporated Filled Milk (390g)